Want your
own Fotopage?







 
Irdeena Maisarah's FotoPage
Daisypath Ticker
By: Irdeena Maisarah Ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jan-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Tinggal kenangan - rumah nenek

 
 
 
 
 
 
 
 
 
this is the only area yang selamat tapi bumbungnya dah terbakar
ruang yang selamat tapi bumbungnya dah terbakar
ramai yang datang melawat
 
 
 
di sini kami bermalam beramai-ramai
 
satu2nya ruang yang masih selamat tapi bahaya
Pada 9hb Jan 2008 tepat jam 7.30 pagi rumah nenek telah terbakar. Kebakaran tersebut telah menyebabkan rumah nenek yang mempunyai 10 bilik hangus terbakar. Sedih sekali kerana rumah itu banyak nostalgianya buat kami sekelurga.

Tinggal sehelai sepinggang - harian Metro 10/1/08
Oleh Zalifah Mohd Yatim

MUAR: “Mak tinggal sehelai sepinggang, semua dah terbakar,” rintih seorang ibu setiap kali anak-anaknya tiba bersama keluarga masing-masing sebaik mengetahui rumah ibu bapa mereka musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian kira-kira RM100,000 di Parit Tunggul, Gersik, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Wasitah Kaswan, 65, dan suaminya, Saban Serat, 72, yang juga Imam Masjid Jamek Parit Surau, dekat sini, baru keluar ke kebun untuk menoreh getah manakala seorang anak lelakinya yang berusia 27 tahun baru balik dari bekerja malam di sebuah kilang di Tanjung Agas.

Sedih berikutan kejadian itu, dia yang mempunyai 12 anak, menangis sambil merintih setiap kali anak-anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur; Rompin, Pahang dan Kota Tinggi tiba di rumah.

Menceritakan kejadian itu, Wasitah berkata, selepas menyediakan nasi goreng, dia keluar ke kebun dengan menunggang motosikal manakala suaminya bersarapan pagi.

“Kemudian suami saya ke kebun di tempat lain, manakala saya pada mulanya berhasrat menoreh getah, tetapi apabila melihat pokok basah, terus ke kebun pisang, tetapi kebetulan tidak bawa cangkul dan berpatah balik ke rumah.

“Ketika dalam perjalanan pulang, saya nampak orang ramai berkumpul sebelum seorang jiran memberitahu rumah saya terbakar. Semuanya musnah dan kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

Saban berkata, sebelum keluar ke kebun dia memeriksa dan menutup lampu dan hanya mengetahui rumahnya terbakar apabila dimaklumkan seorang besannya.

Katanya, rumah 10 bilik itu dibina berperingkat-peringkat sejak 30 tahun lalu manakala ruang depan rumah kayu diganti batu baru siap tahun lalu dengan kos RM30,000, turut musnah dalam kebakaran itu.

“Saya reda ujian Allah, dan bersyukur tiada siapa yang cedera dalam kejadian ini. Kami masih terkejut dan tidak pasti mana hendak tinggal selepas rumah terbakar,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Tangkak, Mohd Johar Sarponin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 8.02 pagi semalam.

Katanya, lokasi kejadian terletak jauh menyebabkan bomba dengan sebuah jentera dan sembilan anggota diketuainya mengambil masa untuk sampai di tempat kejadian pada jam 8.36 pagi.

Menurutnya, struktur rumah yang sebahagian diperbuat daripada kayu menyebabkan kebakaran merebak pantas.

“Selain peralatan dalam rumah 10 bilik itu, turut musnah enam motosikal dengan kerugian dianggarkan RM100,000. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rumah imam hangus terbakar - Berita Harian 10/1/08
MUAR: Seorang imam dan isterinya, yang keluar ke kebun, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Saban Serat, 72, yang juga Imam Masjid Kampung Surau, dan isterinya, Wasitah Kaswan, 65, baru keluar ke kebun mereka kira-kira satu kilometer daripada rumah berkenaan.

Saban berkata, beliau baru tiba ke kebun getahnya apabila besannya yang tinggal berhampiran rumahnya datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar.

"Pada mulanya saya tidak percaya dengan berita itu dan apabila tiba ke rumah saya melihat api marak.

"Saya dan orang kampung tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan barang rumah kerana api marak dengan cepat memusnahkan keseluruhan rumah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Katanya, kejadian disedari oleh anak lelakinya, Nurul Azam, 27, yang pulang dari kerja syif malam kira-kira jam 7 pagi.

Beliau berkata, anaknya melihat api marak di rumahnya dan meminta bantuan penduduk kampung memadam kebakaran tetapi api marak dengan cepat.

Katanya, bomba yang tiba kira-kira setengah jam kemudian juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana rumahnya yang dibuat daripada separuh papan sudah musnah.

"Saya dan isteri hanya tinggal sehelai sepinggang dengan pakaian kami pergi ke kebun. Pakaian yang saya pakai ini pun diberi orang ramai," katanya.

Sementara itu, Wasitah tidak menyangka bahawa tindakannya berpatah balik untuk mengambil cangkul yang tertinggal menyebabkannya sempat melihat rumahnya musnah terbakar.

"Saya keluar ke kebun pisang, manakala suami ke kebun getah tetapi saya berpatah balik ke rumah untuk mengambil cangkul dan pada masa itu saya sempat melihat rumah saya hangus dalam kebakaran," katanya.


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.